My Followers

February 21, 2009

Bun Kacang Merah

Jom buat bun kacang merah... mesti ramai yg suka..

BUN KACANG MERAH

Bahan A :
240 ml air
500 gm tepung high protein
60 gm telur
20 g susu tepung
80 g mentega
80g gula kastor
1 camca teh garam
2 camca teh instant yeast
1 camca teh improver

Bahan B:
Inti kacang merah secukupnya

Bahan Sapu :
2 biji telur + Sedikit pewarna kuning = kacau kembang dan warna sebati Sedikit bijan - goreng tanpa minyak
Sedikit mentega utk disapu

Cara2:
Masukkan kesemua bahan A ke dalam mixer. Putar selama 25 minit. Keluarkan doh dan tumbuk utk membuangkan udara. Rehatkan 10 minit dengan ditutupi dgn kain lembap.
Bahagikan doh dan uli menjadi bebola kecil. Isi dgn inti kacang merah dan biarkan naik sekali ganda lagi. Sapu dgn telur dan taburkan bijan. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 180C selama 15 minit. Keluarkan dan sapu mentega pada permukaan roti ketika roti masih panas.

1 comment:

  1. meletopsss...sedap nampak bun tu..
    boleh try la pasnih..
    tahniah..maju setapak jadi jurufoto..
    pasnih boleh ajar aku kan..kekeke..

    ReplyDelete

Slide 1

Slide 2

Slide 3

Cuppies

Sepintas Lalu

get this widget here