My Followers

February 26, 2009

Cucoq Badak



CUCUR BADAK

Bahan2:
500 gm keledek
2 1/2 cawan tepung gandum
3/4 cawan air
minyak secukupnya

Bahan2 inti:
RM1 kelapa parut
RM1 udang kering
10 ulas bawang merah
3 batang serai
8 biji cili kering - rebus sebentar
1 sudu teh ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh serbuk kunyit
gula
garam
1 cawan air
minyak masak

Cara2 utk kulit:
1. Cuci bersih dan kupas kulit keledek ( kupas lepas rebus pon boleh jer)..
2. Rebus keledek hingga empuk. Angkat, tos dan lecek hingga lumat.
3. Masukkan air, tepung dan uli hingga sebati.
4. Ambil sejemput adunan dan leperkan.
5. Masukkan inti di tengahnya dan tutup kembali adunan tadi.
Buat sehingga selesai.

Cara2 utk Inti :
1. Tumbuk ketumbar, jintan manis, jintan putih, serai, bawang merah, udang kering dan cili kering hingga lumat. (kalau nak senang guna blender je)
2. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali kemudian tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk lumat tersebut dan serbuk kunyit hingga kekuningan.
3. Masukkan air, kacau sebentar..
4. Kemudian masukkan kelapa parut dan gula & garam secukup rasa.
5. Kacau hingga sebati. Setelah masak, angkat dan sejukkan.
6. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng cucur badak hingga masak
7. Angkat dan hidangkan.

3 comments:

  1. CucoQ kaaa....CucuR kaa...kalau dapat ku rembat !!!
    Malas nak buat..tapi suka beli. Makan terusss... Nak tunggu Ej buat n hantar lambat sangat heh heh heh...

    ReplyDelete
  2. salam bunda..
    sedapnya coq badak, my feberet tu..
    lama dah tak buat, dh kehabisan stok udg keringla..huhu..

    ReplyDelete
  3. amboiiiii mengancamnya cucuq badak ej wat tu...meh le sikit. akak baru je lepas minggu bz tahap gaban. ni dok melayan demam selsema hehehe

    ReplyDelete

Slide 1

Slide 2

Slide 3

Cuppies

Sepintas Lalu

get this widget here