My Followers

January 08, 2009

Seafood Pie


SEAFOOD PIE
Bahan-bahan:
8 ekor udang sederhana besar - buang kulit, bersihkan dan dicincang kasar
4 batang jejari ketam (crab filamen stick) - dihiris sederhana tebal
2 ekor sotong - bersihkan & didadu sederhana besar
2 batang sosej - dihiris serong
2 helai daun bay
450 ml susu segar
800 g ubi kentang } potong kecil dan rebus hingga empuk, toskan
50 g mentega
2 sudu besar tepung gandum
Parutan cheddar cheese secukupnya
Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa

Cara membuat:

1. Masak udang, sotong, ketam & sosej bersama daun bay & 4 sudu besar susu selama 5-8 minit Setelah masak buang daun bay.
2. Kentang yg dah empuk dilenyek panas2 bersama 30 g mentega,
3. 2 sudu besar susu dan secubit garam.
4. Panaskan periuk, masukkan lebihan mentega dan tepung, kacau selama 1 minit
5. Tutup api, masukkan saki baki susu.
6. Panaskan semula sambil sentiasa kacau sehingga sos pekat.
7. Masukkan garam dan serbuk lada hitam, tutup api
8. Masukkan isi udang dan yg lain2 tu ke dlm sos tersebut (A)
9. Panaskan oven pd suhu 200’C / gas mark 6
10. Ambil mangkuk/loyang tahan panas (ovenproof dish), ratakan A
11. Kemudian menggunakan piping bag, picitkan kentang lenyek ke atas sos tadi
12. Kemudian taburkan cheddar cheese secukupnya
13. Masak dlm oven selama 20-25 minit atau sehingga perang
14. Hidangkan panas-panas


No comments:

Post a Comment

Slide 1

Slide 2

Slide 3

Cuppies

Sepintas Lalu

get this widget here