My Followers

January 11, 2009

Princess ku Bermata Springg!! Toing..Toingg!!

Kek yang diorder oleh Zue untuk birthday anak menakan dia. Ini repeat order.. Dulu dia penah order kek choc moist kalau tak silap.. aku pun dah tak ingat, first order last year... Last year?? lama dah tu... hihihihiii...


Sebagai pembuat kek yg rasanya belum sampai ke tahap amatur pun lagi.. apatah lagi professional.. aku rasa kek ni paling susah utk aku buat.. sebab aku mmg bertangan kayu!! Keras dan mmg payah skali untuk dilentur dan dilentik-lentikkan... Ini satu cabaran untuk aku.. hukhukhukkk...

Proses membuat kek ni paling lama skali sebab aku mmg tak pandai melukis.. jenuh padam pastu lukis semula.. salah lagi..padam lagi.. sampai satu peringkat aku rasa mcm nak surrender saja tapi memandangkan cik empunya kek ni tak byk kerenah dan senang dibawa berbincang akhirnya membuatkan aku teruskan jua menyiapkan kek ni sehingga habis.. dan aku tak reti betoi nak lukis mata puteri2 ni.. dah macam spring dah mata depa bertiga tu.. mak oiii susahnya.... Disebabkan mata depa tu dah 'chemei' sket dan lukisan pun tak brapa kemas, maka aku diskaunkan sedikit harga kek ni.. Tapi mengikut sms yang aku terima dari Zue, anak2 menakan dia suka dan happy sgt dpt kek ni.. dan katanya nak order lagi.. Insya'Allah aku berazam untuk buat yang lebih baik dari yang ni..

Dan wording yang paling byk untuk aku tulis atas kek ni. Ingatkan aku yang tersilap sebab ada perkataan digimon seperti yang Zue sms, bila aku tanya skali lagi maka betoi la anak menakan dia nak aku tulih Happy Birthday to Digimon, Princess Aurora, Ariel & Belle..
Apa pun aku berterima kasih sgt pada Zue yang memberi cabaran ini pada aku.. aku yakin satu hari nanti lukisan aku akan lebih perfect daripada yang ni.. :)

No comments:

Post a Comment

Slide 1

Slide 2

Slide 3

Cuppies

Sepintas Lalu

get this widget here