My Followers

January 05, 2009

Chicken Bun


CHICKEN BUN

Bahan (roti)
250 gm tepung high protein
45 gm gula kastor
1 biji telur
10 gm mentega
6 gm yis
1 s/b dough softener - optional
40 ml susu segar
30 ml air - air mungkin kurang/mungkin lebih

Cara - Roti
1. Semua bahan diadun sekali kecuali air dan susu segar.
2. Gaulkan hingga menjadi seperti serbuk roti.
3. Masukkan susu segar. Gaulkan. Masukkan air sedikit demi sedikit, (jgn tuang sekaligus air, banyak atau sedikit air bergantung kepada tepung, kalau adunan masih keras, tambah air skit lagi)
4. Setelah adunan bercampur sebati, uli hingga doh menjadi lembut dan elastik. Lagi lama uli lagi baik.
5. Kemudian biarkan adunan dalam 1 jam sebelum dibahagikan sebanyak 20 gm tiap doh.
6. Canai doh dan masukkan inti ayam dan bentukkan bulat2 atau mengikut kesukaan anda.
7. Biar doh mengembang skali lagi (dlm 1 jam) , kemudian bakar pada suhu 180 celcius selama 20-30 minit atau sehingga masak.
8. 10 minit terakhir (sebelum roti masak), sapukan telur kuning ke atas bun.
9. Setelah masak, kluarkan drp oven, sapukan dgn sedikit mentega utk mengilatkannya.

Bahan (inti) (cara2 saja menyusahkan diri sendiri..hihihihiii)
3 ketul isi ayam - dicincang
Minyak - sedikit


(Bahan Perap A)
1 s/k serbuk jintan manis
1 s/k serbuk jintan putih
1 s/k serbuk satay- optional

(Bahan Perap B -Dikisar dgn sedikit air)
1/2 biji bawang besar
1 biji bawang putih
1 batang serai
2 cm halia

(Bahan C)
1 s/b sos tiram
1 s/b sos tomato
1 s/b sos cili
1 s/b kicap
Garam - secukup rasa

Cara - Inti
1. Ayam diperap dgn bahan2 perap (A + B) selama 15 minit. (lagi lama lagi baik)
2. Panaskan minyak, goreng ayam yg telah diperap (masuk je semua skali dgn bahan2 perap tu dlm kuali)
3. Masukkan Bahan C, kacau sebati dan goreng hingga semua bahan masak. Angkat. Siap

No comments:

Post a Comment

Slide 1

Slide 2

Slide 3

Cuppies

Sepintas Lalu

get this widget here